Berbanding sneakers, kasut jenis tapak rata dan slip on ini
mempunyai tapak yang lebih nipis dan material yang digunakan juga agak lembut.
Tidak kira gaya apa sekalipun seperti ayu, ranggi, geek,
santai mahupun feminine, kasut ini sesuai dipadankan dan mempunyai pelbagai
corak serta rekaan yang menarik.
Berbaju kurung, berseluar jeans ataupun menggayakan skirt,
semuanya tampak cantik apabila digayakan dengan kasut jeni tapak rata ini.
Kasut ini sangat mudah dipakai, selesa dan fleksibel
membuatakan berjalan seharian bagaikan tidak terasa.
POLOS
Tidak mempunyai banyak rekaan dengan satu warna atau dua. Ia
lebih selamat untuk digayakan dalam apa jua acara.
PELANGI
Rekaan warna yang banyak seperti pelangi memberikan gambaran yang ceria dan gembira.
ABSTRAK
Rekaan yang fancy dan ranggi sesuai digayakan oleh
mereka yang berjiwa indie dan ‘gila-gila’.
POLKADOT
Corak ini tidak lapuk dek hujan, jadi tidak kira apa jua
gayanya, ia tetap tampak cantik.
GLITTER
Wah, nampak mewah. Lebih cantik digayakan pada waktu malam,
barulah nampak gemerlapan kasut.
JARING
Tidak kira berlubang, jahitan kait mahupun kain jenis net,
menjadikan kaki kamu tampak seksi, sekaligus menjadi perhatian para jejaka.